Pages

Selasa, 15 Februari 2011

hari keempat

maka bermulalah hari aktviti sebenar.aktiviti yang sedikit mencabar mental dan fizikal.aktiviti dilakukan berdasarkan pecahan tasik yang telah dilakukan.terdapat 4 tasik bermakna 4 aktiviti akan dilakukan.berdasarkan jadual,aktiviti ini sepatutnya telah bermula pada hari ketiga,akan tetapi ianya telah lari sedikit dari sasaran dan landasan sebenar.hari keempat baru bermula.

Tasik Chini iaitu tasik yang saya sertai melakukan aktiviti Jungle Tracking.jadi haruslah saya menceritakan perihal aktiviti ini tanpa segan silu dan berdolak dalik lagi.aktiviti lain yang dilakukan oleh kumpulan lain tidak dapat saya ceritakan kerana saya berada di satu tempat sahaja dan bukan berada di tempat mereka.antara aktiviti yang dilakukan:

Tasik Bera - Survival
Tasik Temenggor - Camp Craft (lagi?)kahkah
Tasik Kenyir - Kayaking

Semua aktiviti bolehlah dikatakan bermula seawal jam 9 pagi iaitu selepas bersarapan dan melakukan senaman dan menyanyikan 3 buah lagu.ini aktiviti rutin selama seminggu di kem.

Selepas diberi arahan dan taklimat,peserta dari Tasik Chini diminta memakai PFD.agak terkejut kami apabila diberitahu supaya berenang dari tapak perkhemahan sehingga ke jeti sebelah tapak perkhemahan kami yang mempunyai jarak lebih kurang 1 kilometer.disangkakan itu hanyalah gurauan tetapi itulah relaiti yang terpaksa ditempuh.

pertama kali menjejak kaki ke dalam air Tasik Chenderoh yang hijau umpama habitat sang buaya.ditebingnya ianya nampak cetek,jalan je dua tiga langkah bammmmmmm terus terapung.dalamnya jangan dicerita kerana saya tak akan ukur kedalaman yang melampau itu.jika tiada PFD nescaya ramailah yang tenggelam ke dasar tasik.setelah hampir 20 minit berenang sambil diiringi para fasilitator dan penysarah yang menaiki bot,kami sampai di jeti bersebelahan tapak perkhemahan dalam keadaan basah kuyup dan kepenatan.

tapi perjalanan masih jauh tuan-tuan dan puan-puan.kami terpaksa menyusuri kampung yang damai jauh dari hiruk pikuk kota sebelum menaiki bukit yang tersergam indah yang setia tak berganjak di situ.

setelah hampir 15 minit berjalan,kami tiba di kaki bukit.diberi sedikit taklimat oleh para pensyarah dan alumni.disuruh kami menjaga tingkah laku,percakapan,memperbetulkan niat dan sentiasa berhati-hati.memperbetulkan niat adalah penting supaya kita tidak lari dari matlamat sebenar pendakian bukit kali ini.bukan untuk menunjukkan kita hebat,kita kuat tapi untuk menikmati keindahan ciptaan yang maha Esa dan mempelajari ilmu dunia.

setelah merentasi kebun getah,kebun durian milik penduduk,memanjat dan menuruni cerun landai akhirnya kami berada di tengah-tengah perjalanan untuk sampai ke puncak.berhenti seketika di kebun limau.terfikir jugak saya,macam mana ada orang yang boleh tanam limau di ketinggian paras laut yang sebegitu tinggi.larat pulak dia.dengar cerita jugak,si penanam limau itu adalah seorang pak cik tua.itu adalah cerita yang saya dengar dari seorang alumini kepada fasilitator kumpulan saya.memang RARE la pak cik tu.kalau dia sepak saya dengan kaki beruratnya,kalu tak patah kaki saya mesti saya terjatuh mencium tanah.kahkah.

sambil meneguk bekalan air yang diberi,kami juga sempat bergambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.pemandangan Tasik Chenderoh dapat dilihat dengan jelas dan kelihatan juga kumpulan Tasik Kenyir baru memulakan aktiviti kayak dengan tersergam PFD berwarna merah di tengah-tengah tasik.



dah hampir sejam setengah menaiki bukit yang mencabar,akhirnya semua peserta selamat sampai dengan penuh kegembiraan tetpi tetap berwaspada kerana perjalanan pulang masih lagi menanti.di puncak bukit,para peserta menikmati segala makanan yang dibekalkan dengan sebaiknya dan dikongsi sama rata dengan kawan-kawan seperjuangan.di sini kita dapat lihat tiada diskriminasi,tiada sikap pentingkan diri sendiri dan tiada sifat tamak dengan memakan sebanyak yang mungkin tanpa menghiraukan kawan-kawan yang lain kahkahkah.

selesai sahaja menikmati makan tengahari di puncak bukit,para peserta memulakan aktiviti menuruni bukit menggunakan laluan yang sama.menuruni bukit bukit mengmbil masa yang lebih sekejap berbanding ketika menaikinya akan tetapi cukup mencabar kerana laluannya menjadi sedikit licin kerana dilalui oleh beratus tapak kaki ketika perjalanan mendaki bukit tersebut.hampir sejam menuruni bukit tersebut,akhirnya kami selamat tiba di kaki bukit dan bergegas ke jeti tempat berkumpul di awal ekspidisi ini.

sekali lagi kami diuji dengan aksi yang agak memnatkan.kami harus berenang lagi pulang ke tapak perkhemahan.penat mendaki belum hilang,tetapi terpaksa berenang pula.macam askar dah saya rasa.kahkah.ketika perjalanan pulang inilah ramai yang kekejangan anggota badan kerana menggunakan sepenuhnya tenaga dan mungkin telah kehabisan garam di dalam tubuh.

tetapi semuanya dapat diharungi dengan selamat walaupun ada diantara kami yang mempunyai masalah dengan keyakinan apabila berada di dalam air.

secara konklusinya,aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang kuat sebagai contoh membantu rakan sepasukan menuruni dan menaiki bukit.mereka juga perlu mengingatkan antara satu sama lain bahaya yang dihadapi sepanjang perjalanan tersebut.semangat bantu membantu memainkan tunjang yang penting untuk menjayakan aktiviti ini.

Tiada ulasan: