Pages

Khamis, 10 Februari 2011

hari pertama

Jumaat,tepat jam 4 petang,rombongan pelajar berlepas dengan bas yang disediakan kolej untuk berkumpul di UiTM Shah Alam.lewat sejam dari jangkaan masa bertolak.perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam di hari yang sejuk dek kerana hujan membuatkan perjalanan agak lambat.

lebihan kurang jam 9 malam,kami tiba di UiTM Shah Alam untuk berkumpul bersama dengan pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi (SR113) yang lain dari Shah Alam,Jengka dan Instedt.selepas berkenalan dengan para pensyarah dan fasilitator,pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil.

dibahagikan kepada EMPAT kumpulan besar iaitu Tasik Bera,Tasik Temenggor,Tasik Kenyir dan Tasik Chini.kemudian pecahan tasik tersebut akan dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan kecil.setiap tasik dipecahkan kepada LIMA gunung.jadi bermakna,terdapat 20 gunung yang ahlinya terdiri daripada 11 hingga 12 orang pelajar.pecahan kumpulan besar dan kecil ini untuk memastikan kelancaran program dan aktiviti dapat diselaras dengan baik.almaklumlah 225 anak orang yang menyertai perkhemahan ini,jadi kenalah jaga dengan baik.satu tugas yang bukan senang ye tuan-tuan dan puan-puan.

selepas sesi suai kenal bersama ahli kumpulan,pelajar dibenarkan berehat di sekitar perkarangan asrama Sri Kenanga iaitu salah satu asarama pelajar yang terdapat di UiTM Shah Alam.

berada di barisan hadapan merupakan para pensyarah dan orang besar yang bertanggungjawab memainkan peranan yang berat untuk memastikan kejayaan perkhemahan pada kali ini.yang belakang itu hanyalah 'interfrem'.kahkah.
yang pak cik tengah tu adalah Dekan kepada Fakulti Sains Sukan.tabik tuan!


ini pula merupakan mata dan telinga kepada para pensyarah,mereka jugalah yang menjadi mangsa cemuhan segelintir pelajar apabila diuji dan diasak dengan perang psikologi baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.merekalah fasilitator gladiator!tabik cik!

Tiada ulasan: