Pages

Khamis, 10 Februari 2011

hari kedua

selepas menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat patrotisme dan mengantuk,pelajar bersarapan bersama para pensyarah dan fasilitator.kali ini,barulah para pelajar dapat melihat dengan jelas wajah rakan sekumpulan,fasi yang lawa,budak yang badan tegap,awek yang comel dan sebagainya sebab semalam sampai hari sudah malam dan hanya diterangi lampu berwarna oren.ecececeh.

selepas bersarapan,semua rombongan pelajar bertolak ke Tasik Chenderoh dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kolej mahupun pihak UiTM.perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 5 jam cukup untuk membuatkan pelajar terlena sekian lamanya.pelajar menaiki bas berdasarkan kumpulan gunung yang telah diberi.

sesampainya di sana dengan ditemani air hujan,pelajar sudah memulakan aktiviti lasak.berjalan kaki sejauh lebih kurang 3km untuk menuju ke tapak perkhemahan.kalau jalan lurus pelajar tak bising penat dan dahaga tetapi jalannya cukup mencabar dengan curam dan kadang-kadang seperti medaki bukit.

sesampainya di tapak perkhemahan,pelajar telah dibahagikan tugas dengan cepat kerana ingin mengejar waktu yang terus berjalan tanpa mempedulikan alam sekitar dan penduduk Bumi.antara tugas yang diberi adalah membersihkan khemah dapur,membuat longkang untuk saliran air,membuat khemah untuk dijadikan habitat selama seminggu,membuat pendawaian lampu dan sebagainya.air hujan yang turun tak hengat memberikan lagi kekuyupan dan kesejukan kepada para peserta dan fasilitator.

sebelah malamnya,selepas bersolat jemaah dan makan malam,majlis percakapan akhir dilakukan ataupun 'post motem'.pada hari pertama,tiada apa yang nak di 'post motem' kan cuma setiap pelajar diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang berada di tapak perkhemahan.

bab makan paling gempak kerana semua tanpa mengira pangkat atau darjat terpaksa berkongsi makanan dan makan di dalam dulang setiap hari.pandai-pandailah nak hidup.nak makan banyak tanpa mempedulikan kawan sekumpulan ataupun nak makan ala kadar dan berkongsi sama rata.perut anda,anda fikir sendiri.

pelajar juga tidak dibenarkan merokok!ya!DILARANG MEROKOK.
gempak atau tidak,percaya atu tidak tapi itulah hakikatnya apabila saya betul-betul tidak menyentuh rokok walaupun sebatang sepanjang seminggu tarikh perkhemahan berlangsung.ini cerita benar.hanya yang maha Esa dan saya sahaja yang tahu.konklusinya,kita mampu mengawal tabiat merokok.semua atas kemahuan sendiri tanpa perlu membeli ubat berhenti merokok Nikotin yang agak mahal.ecececeh ALASAN.

ok lupakan pasal merokok,berbalik kepada aktiviti yang akan dijalankan.dan hampir terlupa,setiap pelajar harus sentiasa memakai topi,wisel dan tanda nama setiap masa kecuali untuk ke jamban mahupun ketika bersembahyang.kalau sembahyang pakai topi,tak teragak-agak kamu akan dipanggil Yahudi Nasrani.antara aktiviti yang akan dilakukan adalah seperti

1. CAMP CRAFT
mencantikkan kawasan sekitar perkhemahan.termasuklah mendirikan khemah,membuat saliran longkang,membina alatan mengikut kreativiti dan arahan fasilitator dengan menggunakan buluh,kayu dan tali.

2. JUNGLE TRACKING
merentasi hutan atau meneroka hutan.aktiviti ini memerlukan para peserta mendaki bukit,melalui liku perjalanan yang mencabar dan berenang.kenapa berenang?haaa itu yang kita tak tahu.untuk mendaki bukit,para pelajar haruslah pergi ke jeti bersebelahan tapak perkhemahan.jeti tersebut berada sajauh lebih kurang 1km dari tapak perkhemahan.untuk ke sana,para peserta haruslah berenang tetapi dilengkapi Personal Floating Devices (PFD)

3. KAYAK
setiap kayak membawa DUA orang peserta.mereka akan berkayak mengelilingi pulau yang ada di Tasik Chenderoh.jangan nak santai sangat sebab,sakit pinggang la yob.

4. SURVIVAL
aktiviti yang paling mencabar.survival atau dalam bahasa melayunya ikhtiar hidup.memang betul-betul ikhtiar.para pserta yang telah dibahagikan kepada gunung dibahgaikan lagi kepada DUA kumpulan.jadi setiap gunung ada kumpulan A dan B.aktiviti ini ingin menguji kekuatan mental dan semangat berpasukan dengan mereka dibiarkan di dalam hutan selama 24 jam dengan hanya berbekalkan sebotol air tasik,sebotol air minuman,sedikit beras,tiga batang mancis,sebiji telur dan beberapa gram tepung.

p/s: setiap aktiviti dipantau oleh tenaga kerja dan fasilitator yang berpengalaman,dilengkapi dengan paramedik dan setiap aktiviti melibatkan air memerlukan pelajar memakai PFD untuk keselamatan.JANGAN MENCUBA DI RUMAH.ecececeh

Tiada ulasan: