Pages

Selasa, 15 Februari 2011

hari ketiga

hari ketiga.seperti biasa,bangun seawal jam 5 pagi untuk bersolat subuh secara berjemaah,melakukan senaman,menyanyikan lagu wajib sebanyak 3 buah lagu dan berserapan.

selesainya semua aktiviti di sebelah pagi,aktiviti diteruskan lagi dengan melakukan Camp Craft.menyediakan penempatan yang sehabis baik dan sehabis cantik memandangkan hari kedua kekangan waktu menjadi masalah utama.ini bermakna  aktiviti seperti Survival,Jungke Tracking dan Kayaking masih belum bermula.

agak ringkas aktiviti di hari ketiga tetapi cukup memenatkan dan tidak nampak untuk dihuraika dengan tulisan di blog ini.

di sebelah malam,setelah selesai bersolat jemaah Maghrib dan Isyak,para peserta yang telah dibahagikan kepada kumpulan kecil diminta untuk mengikut para fasilitator untuk aktiviti penyerahan.penyerahan apa?haa itu yang kita tak tahu.

aktiviti penyerahan yang dimaksudkan adalah penyerahan bahan terlarang.maksud saya semua bahan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kem.ya,SEMUA!telefon bimbit,pemetik api,rokok sudah semestinya,pewangi mahupun deodorant.

bab pewangi itu kurang diterima logik akal kan?tapi ada sebab dan musababnya kenapa dilarang membawa pewangi.dengan itu saya berbesar hati dan konon-kononnya seperti seorang yang pakar menjelaskan pewangi tidak dibenarkan kerana kita berkhemah di dalam hutan dan bukannya di dalam hotel.jadi pewangi boleh menarik perhatian,pandangan dan deria binatang-binatang.nak ke kome dilapah dek harimau?

selesai aktiviti penyerahan,semua pelajar dibenarkan berehat dan kumpulan yang terlibat dengan aktiviti kawalan tapak perkhemahan tetap bersengkang mata melakukannya.satu tanggungjawab yang besar.

esoknya,bermula segalanya aktiviti menggelapkan kulit.teruskan!

Tiada ulasan: