Pages

Isnin, 28 Februari 2011

hari kelima

yeah kembali lagi menconteng arang di laman tulisan blog saya.kekangan masa sehingga saya terkangkang-kangkang buat saya tidak sempat untuk mencurah sedikit masa menconteng serba sedikit tulisan di sini.secara serius tanpa berkerut dahi dan tanpa gebangan saya rasakan bulan Februari tahun ini merupakan bulan yang paling memenatkan sepanjang tempoh pembelajaran.tugasan,assignment dan acara yang perlu diselesaikan beratur macam orang ramai cuba berasak-asak nak naik KTM kat Mid Valley.

saya ingin selesaikan diari catatan berkaitan Kem Outdoor yang tergendala sehingga hari keempat dan kali ini cerita di hari kelima.hari kelima,macam hari-hari yang lepas.bangun pagi tapi tak mandi dan terus menunaikan solat subuh.selepas menyanyi tiga buah lagu wajib berserta senaman,perut pula mengisi jadual dengan bersarapan.jadual di hari kelima ini memerlukan kumpulan Tasik Cini iaitu kumpulan saya berKAYAK.bukan berkawan dengan orang dayak ye,tetapi menaiki kayak menyusuri Tasik Chenderoh.manakala kumpulan tasik yang lain melakukan:

Tasik Kenyir - Survival
Tasik Bera - Camp Craft
Tasik Temenggor - Jungle Tracking

biasanya kumpulan yang melakukan camp craft adalah kumpulan yang baru sahaja selesai melakukan Survival.ini kerana memandangkan camp craft adalah lebih santai dan tidak menggunakan tenaga yang banyak,jadi peserta yang telah mengerah 110% tenaga mental dan fizikal ketika melakukan Survival boleh berehat seketika.

ok berbalik kepada cerita berkayak.sebelum turun ke dalam air dengan mengayuh kayak,para peserta dan ahli kumpulan Tasik Chini diberikan penerangan tentang kayak.diterangkan nama dan komponen pada kayak,cara mengawal kayak cara nak buat bulatan ketika berkayak dan macam-macam lagi yang saya sendiri lupa.yang saya ingat kayak menggunakan  tangan sebagai elemen yang penting.kalau sesiapa yang bertangan pendek susah la sikit.tak dapat la jeppp!

setelah diterangkan dengan selengkapnya dan makanan tengahari juga telah dijamah,para peserta perlu turun berendam dahulu di dalam tasik.bukan untuk membasuh baju tetapi untuk keyakinan ketika di dalam air.tetapi boleh dikatakan juga ini sesi untuk mandi kerana di kem tersebut bukan senang peserta nak basahkan tubuh dengan air ke seluruh badan atau dengan kata lain MANDI.kahkah.

ok jum berkayak!cakap banyak tak guna.setiap kayak mempunyai dua tempat duduk.jadi satu kayak,dua peserta.ada kayak yang mempunyai satu tempat duduk.kalau dah satu tempat duduk maknanya sorang la yang duduk,tak kan nak duduk lima orang ye dok?peserta memulakan aktiviti berkayak dengan diiringi oleh fasilitator dan pensyarah.macam pensyarah ini





ok ek Cik Mus,curi gambar sikit.lupa bawak kamera la.kahkah

perjalanan kayak para peserta bolehlah dikatakan sejauh 15 kilometer.jangan sangka mudah kerana tiada persefahaman,tiada teknik yang betul,masuk ke Sungai Perak la kome semua.kena kayuh betul-betul dan jangan pula jadi macam saya dan pasangan kayak saya yang menjahit Tasik Chenderoh.apa yang dimaksudkan dengan menjahit tasik?menjahit tasik adalah apabila anda menaiki kayak macam orang mabuk sekejap ke kiri sekjap ke kanan.saya jahit tasik bukan apa,saya takut tasik tu terkoyak,maklumlah hari-hari ada je bot yang lau lalang di kawasan itu.ecececeh.




selain berkayak secara biasa atau normal,ada juga sebahagian peserta yang menaiki kayak jenis  sit on top
melakukan water rafting atau dengan bahasa mudahnya menterbalikkan kayak ke dalam air kemudian naik kembali ke permukaan air.dan semestinya peserta itu bukanlah saya.bukan tak reti tetapi saya menaiki kayak yang jenisnya sit inside.kalau disuruh mencuba sekali lagi saya akan cuba tetapi di dalam air yang berkedalaman sederhana sahaja dan bukan di Tasik Chenderoh.kahkah.
selesai berkayak lebihan kurang menjelang waktu maghrib,penat jangan cerita,kulit terbakar jangan cerita yang penting makanan yang kami perlukan ketika ini.

macam biasa,setiap malam akan adanya post motem atau bedah siasat.siapa yang kena bedah dan apa yang ingin dibedah haaa itu yang kita tak tahu.para peserta perlu menceritakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang hari tersebut berdasarkan aktivit yang dilakukan kecuali peserta yang melakukan aktiviti Survival kerana pada waktu itu saya yakin mereka tengah mencari kayu api,menjaga unggun api atau tidur sahaja untuk menunggu hari siang.

dalam post motem kali ini,bencana datang.oleh kerana sekumpulan pelajar lupa nama pensyarah yang terlibat,satu batilion peserta diarah supaya memakai PDF pada pukul 2 pagi.kalian ingat lagi tak apa gunanya PDF seperti yang saya ceritakan pada post yang lepas?ye,sudah semestinya aktiviti kali ini melibatkan air.tak kan la bangang sangat nak pakai PDF lepas tu pegi mandi toilet.tak RARE la!pakai PDF,mandilah kat tasik yang seluas mata memandang tu.ye,bukan cerita gebang tetapi cerita betul,pukul 3 pagi kami direndam di dalam air tasik yang di bawah paras beku selama beberapa minit.

bukan niat para pensyarah dan fasi untuk berlaku kejam kepada kami tetapi ini sebagai pengajaran untuk kita supaya lebih menghormati orang yang telah memberi tunjuk ajar kepada kita,jadi tidak salah kita mengingati nama mereka sebagai tanda penghormatan.macam skema dan sedut lemak je ayat saya ni.kahkah.

Tiada ulasan: