Pages

Ahad, 6 Februari 2011

lebur

puas gua melantak burger sedap mcD yang berkuantiti sebanyak 2 biji hasil duit pemindahan akaun dari ayahanda gua,gua terpandang seorang sahabat handai memakan bubur ayam mcD.walaupun banyak burger,kentang goreng yang tersedia di atas meja tanda semua sahabat ingin membalas dendam dengan pemakanan yang tidak memuaskan hati di perkhemahan seminggu,entah mengapa bubur itu juga yang gua tatap dengan durasi masa yang agak lama.bukan terliur mahupun mahu mencilok sesuap dua bubur itu,tapi ada simboliknya bubur itu.

***

pukul 11 malam,cuba melelapkan mata dan memberi sedikit rehat kepada tubuh badan yang berkerja seminggu lamanya tapi persoalan tentang kenapa gua tertarik dengan bubur itu masih bermain di fikiran.pukul 6 pagi,buka mata tengok keputusan terkini dan terbaru.

rupanya ini jawapan kepada bubur mcD tersebut.nasi telah menjadi bubur,pasukan kerdil telah meranapkan rekod tanpa kalah anak didik Encik Abdul Ferguson dengan kiraan gol 2-1.watehel!tapi nasib baiklah sang juara masih di atas.ececececeh.jangan bermimpi sangat untuk memintas pasukan handalan gua ini.rekod tanpa kalah bukan penentu kepada kedudukan di dalam liga England tersebut.sekurangnya pasukan gua ini masih memegang rekod paling sedikit mengalami kekalahan.

p/s: Nik Ahmad Torres masuk Chelshit?maka di situlah tamatnya riwayat kerjaya cemerlang bintang Sepanyol itu.dan Liverpol yang 'selalu berjalan bersendirian' tak nak kalah bawak masuk Tengku Carrol dan si telinga cacat Mohd Suarez.bala bala

Tiada ulasan: