Pages

Jumaat, 21 Mei 2010

berubah

masa berubah.masa berjalan.masa berlari.dari rajin kepada malas.contoh membaca,menulis blog.sebelum ini banayak je nukilan gua nak coret walaupun ianya dongeng dan sedikit bangang.tapi setelah gua potong rambut baru dan dihentak dengan kerusi plastik oleh adik gua yang paling junior gua ketandusan idea.nak gua tulis cerita tentang gua gaduh dengan angsa serta beruk di rumah kawan gua,tapi tak stylo.gua kena cari bahan bacaan yang baik.

perubahan lagi dari segi tido.jika sebelum ini tido gua sekejap je kerana gua terpaksa mengadap buku dan cikgu gua di sekolah,tapi sekarang gua tido lama.tido sekejap di waktu Bumi gelap lepas tu sambung lagi tido gua menjadikan tido ketika Bumi cerah agak lama.daripada permainan mata mak gua,gua rasa dia kurang suka.tapi gua suka,hepi.dia tak suka ke tengok anak dia hepi?haaa hepi ke tak,itu yang kita tak tahu.

berubah lai.dari aktiviti petang.semasa bermaustautin dan belajar aktiviti petang gua tak lain dan tak bukan melakukan kerja khusus atau assiggnment muka buku tapi semenjak gua balik ke tempat asal gua ibarat kacang balik ke kulit,aktiviti gua petang-petang memang penat dan mengeluarkan peluh.tapi tak pe.gua tak marah.tak de orang paksa gua untuk buat kerja ni,gua sendiri yang nak buat.apa lagi kalau bukan menyepak bola.

lagi perubahan?ye aktiviti di hujung minggu.jika sebelum ini gua akan mengeluarkan suara di depan TV menyorak sekuat hati pasukan kegemaran gua dengan harapan mereka dapat mendengar,tapi sekarang berbeza pasukan di dalam TV yang bersorak girang.gua dapat dengar tak?ye sudah tentu.apa lagi menari lah gua bila mendengar sorakan dan pekikan diorang.apa yang keluar suara di depan TV dan suara dari dalam TV?jika dulu setiap kali hujung minggu kita disajikan perlawanan bola sepak BPL,tapi bila dah BPL dah habis musim,musim lain yang datang.apa lagi AF la.tapi gua layan ketika gua tak sedarkan diri je.di luar kawalan otak gua.kalu gua sedar,gua tak de lah tengok AF.tapi gua suka Shahir.kihkih

Tiada ulasan: