Pages

Jumaat, 14 Mei 2010

fungsi tangan dan China

  • 13 Mei 2010
budak-budak hoki Malaysia bantai China dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah kat Ipoh.dengan kemenangan tu Malaysia sekarang berada TOP di puncak liga dan sudah cerah lagi bersuluh untuk menjejak kaki ke pusingan akhir.permainan yang menggunakan majoriti kekuatan tangan untuk memegang kayu hoki tersebut.di bantu oleh kekutan pemikiran akal,dan kebolehan kaki untuk berlari.yang penting TANGAN!

  • 14 Mei 2010
budak-budak badminton Piala Thomas Malaysia pula akan berentap.lawan yang sama iaitu negara China.nampaknya China betul-betul mahu bersaing dengan Malaysia dalam sukan ber'tangan' ini.tepat pukul 7.00 malam waktu negeri Kelantan dikala bilal tengah bersiap nak keluarkan suara menyeru orang bersembahyang,budak-budak badminton ni terkinja-kinja memulakan permainan.tapi tak pe,1st game Atuk Chong Wei main dan masih belum kedengaran dia mahu peluk Islam.so biarkan dia.janji main dengan Spirit yang tinggi seperti semangat yang kita dapat bila lepas dengar lagu Niravana Smell Like Teen Spirit,walaupun rata-rata pemain Malaysia bukan lagi 'teen'.bagi penyokong yang letak harapan tinggi kat skuad negara,gua pesan korang sume pegi lah solat Maghrib dulu sebelum bersorak,jangan pulak sorakan korang lebih kuat dari teriakan bilal di masjid.biar bangsa dan agama lain dulu bersoak untuk negara.bila da solat,korang bersorak la sampai tertelan biji halkum korang.kalau Malaysia kalah maknanya adalah tu sorang,dua orang yang menyorok belakang tandas ponteng solat,atau buat-buat cakap Cina untuk mengelak dari solat.bukan gua nak berkhutbah sebab masa khatib bace khutbah tadi pun gua tido,gua hanya berpesan sebab gua pun nak Tnaha Malaya kita menang.dah lama rumah gua tak bising dengan sorakan dan teriakan ayahanda dan adinda-adinda gua,AMIN!

Tiada ulasan: