Pages

Sabtu, 22 Mei 2010

lepak king

act,melepak sebenarnya membuang masa.tapi tidaksemua melepak membuang masa.bukan gua nak pertahankan kegiatan haram gua melepak di kedai makan atau di simpang jalan kampung gua atau yang dulunya di panggil pekan,tapi itulah niat gua.nak menegakkan baju yang basah setelah dibasuh dengan mesin basuh.

gua kawan dengan semua.dengan gangster,dengan kutu merayau,dengan budak hingusan,dengan pak cik,mak cik,dengan orang hidu gam pun gua kawan.gua kawan hanya sebagai kawan.tidak lebih,tidak kurang.gua tak ikut apa yang dieorang buat yang bukan-bukan,tapi gua berkawan sebagai menghormati mereka sebagai manusia juga.jika mereka makhluk asing atau makhluk halus barulah gua hindari.contoh yang baik yang gua terbaca dalalm buku programer komputer keluaran Castrol 4T,kalau kita kawan dengan pencuri motor,si pencuri itu mesti akan memberitahu kita tentang teknik dan taktik yang harus kita buat untuk mengelakkan motor kita dari dicuri oleh pencuri yang lain.tak cukup menarik?ok ada lagi.kalau kita kawan dengan gangster,kalau ada anak-anak ikan yang juga gangster nak pukul kita,mungkin kita dapat meminta pertolongan dari kawan kita yan gangster itu.

tak cukup lagi?ok,kalau tak cukup lagi gua nasihatkan jangan kawan dengan sesiapa.belilah robot keluaran Jepun dan letak di rumah lu,dan kawanlah dengan robot itu.panas hati gua memberi contoh yang panjang.tapi INGAT!berkawan biar beribu dan biarlah kawan itu dengan ragam mereka,tapi janganlah kita ikut ragam yang tidak baik itu,nanti kita yang akan meragam di dunia dan akhirat.macam penceramah motivasi plak gua.

gua review pasal melepak ini bukan apa,gua nak tujukan kepada makcik-makcik yang pandang serong dekat gua.walaupun gua tahu peratusan atau kebarangkalian untuk makcik-makcik memebaca post gua ini adalah sangat rendah kerana makcik-makcik rabun IT,tapi gua tetap berkeras nak postkan benda ini.dah blog gua,suka hati gua lah.takkan post pasal melepak kena ISA.ok tidak sebenarnya,gua post benda ni dengan harapan manalah tahu makcik-makcik mendapat hidayah untuk belajar teknologi zaman cangih manggis ini,atau mendapat petunjuk dari mimpi untuk buka blog gua,so dapatlah makcik-makcik tahu serba sedikit tentang faedah melepak dan tidak lagi memandang serong seperti kereta sorong terhadap gua dan seraya dengan itu bolehlah gua ada keberangkalian yang tinggi untuk direkemenkan gua kepada anak-anak mereka.ye anak perempuan shaja.anak lelaki gua kurang berminat.

melepak mengeratkan silaturrahim.macam mana si pencuri motor,si gangster,si kutu rayau nak tolong kita kalau kita tak kenal dan rapat dengan mereka.sekurangnya kalau rapat,peratusan nawaitu mereka nak tolong kita adalah tinggi.jika kita hanya duduk di rumah melayan robot buatan Jepun sahaja maka kita tak kenal denga masyarakat sekeliling pinggang kita ibarat hutang keliling pinggang.tak ubah seperti katak di dalam cawan mee segera.

gua sekarang banyak guna perumpamaan ciplak macam celaka dan keberangkalian formula Matematik.sebab gua belagak gua terer.cam sial.kihkih

Tiada ulasan: