al-kisah.toiyibbb.al-kisah maka tersebut lah kisah.toyibbb.sang kancil datang beramai-ramai mengadap Sultan Firaun.salah satu sketsa dalam cerita Pendekar Bujang Lapok karya Lagenda Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Ramlee bin Putih.bila gua tengah lepak king dengan koncu-koncu dan tyco di kampung,gua belajar banyak benda.salah satunya P.Ramlee.
bila lu orang tengok karya Allahyarham P.Ramlee mesti korang nangis.sedih dengan pemergian beliau?mungkin juga.tapi ada sebab yang lain.apa?ok kalau tengok cerita sedih macam Anakku Sazali,Ibu MerTUAku mahupun Penarik Becha,mesti tangkap leleh punya.alaaa Kassim,mahu tanya lagi kenapa,mestilah sebab cerita dia sedih.
tapi bila orang tengok Madu Tiga,Bujang Lapok, mahupun Ahmad Albab,kita juga kan menangis.kenapa ye?sebab terlalu lawak.gelak sampai nangis.karya P.Ramlee walaupun dah tengok beratus kali dengan setiap dialog dihafal satu persatu tetapi tetap tidak mengecewakan ataupun membosankan.kenapa?haa itu yang kita tak tahu.
tapi jika difikir dan berdikusi semasa melepak di simpang jalan yang lengang,gua dapat 1 konklusi.P.Ramlee memang hebat dan genius dan hensem dan yang baek!setiap cerita mesti ada iktibar.bukan saja-saja nak buat lawak atau tangkap leleh tapi elemen yang diselitkan harus dititk beratkan dan diamalkan di kehidupan seharian.asyik mahu contoh,ye gua pemurah gua bagi
- Hang Tuah - mengagungkan adat keMelayuan dan mentaati Raja
- Pendekar Bujang Lapok - kena belajar membaca walaupun di kandang sarkis yang jinak
- Penarik Becha - jangan menghina orang yang berbeza pangkat atau darjat dengan kita
- Madu Tiga - bapak mertua yang sporting
- Sarjan Hassan - cintai Tanah Melaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan