Pages

Khamis, 6 Mei 2010

rebah dalam mamai dan Spurs,awesome

  • 2 cerita berbeza.
  • 2 emosi berbeza.
  • 2 bidang berbeza.
  • 2 waktu berbeza.
cerita pertama macam ni.gua tido.mungkin disebabkan penat tubuh gua berhempas pulas dengan melayan kunjungan bintang-bintang bola sepak junior kat kampung gua.2 hari berturut-turut diadakan freindly match sebagai persiapan dieorang nak join tournament.ahhhhhh bola lagi.jerit penghulu hati gua.ok no more bola in this story.gua tido tak de lah awal malam ni.around pukul 2 pagi.gua penat sangat dan mengantuk tapi gua gagah diri nak teman si Dia yang bertungkus lumus buat keje.Dia da abis keje tapi masih belum tido.mata gua da angkat bendera putih tapi gua buat layan tak layan.gua taip juga mesej di fon tanpa gua sedar.macam Ian Curtis kata 'lost control'.gua bila mamai,gua memang gila sikit.gua bangun makanlah,gua cakap bukan-bukan.tapi bab makan tak apa.ni tutur bicara gua dalam text itu buat Dia curiga.gua dah abis belajar untuk 4 bulan lamanyer dan baru 2 hari bercuti,tapi macam mana gua boleh cakap pasal kelas tambahan dan matapelajaran yang gua anti;Prinsip Akaun.yang tak leh tahan di awal text itu gua panggil 'sayang'.memang Dia bengkak.apa lagi terus gua dapat mesej berbunyi sindiran.gua terus langkah kaki ke toilet memasukkan bergelen air kemata supaya hilang ngantuk.gua text dan text dan masing-masing menghancurkan hati masing-maisng.makan ketupat dalam besen.hisap rokok Bensen.gua hilang Dia.sebab?mamai?lu orang boleh gelak,tak kena lagi tapi gua yang dah kena akan mengambil iktibar.biasa bila hal mamai orang akan anggap satu jenaka,tapi skerang gua anggap ia mimpi ngeri.gua merayu,merayau tapi sudah terlambat.

cerita ke 2 pula begini.now bolehlah cakap sal permainan sepak,terajang dalam telanjang dan tendang si tempang.bola.itu keghairahan ku.nak hilangkan ngantuk berbalas text dengan Dia untuk menyelesaikan isu hutang hati yang dah bengkak pasal mamai gua jadikan pemain City dan Spurs sebagai galang ganti dan teman.gua tengah sedih dan berkecamuk dieorang masih lagi bermain mengejar sebiji bola.game rancak menaikkan suhu game tersebut yang clean tanpa insiden tarik rambut atau meraba pamain lawan.City susah nak attack Spurs yang bertahan kental.jebtera tengah Spurs cukup bahaya nak-nak pula budak Bale cucu penghulu kampung yang laju dan hantaran tepat.dipendekkan cerita Spurs menang 1-0.ya,1-0 hasil jaringan pemain bola keranjang yang panjang Peter Crouch.automatik next season,Spurs,see you in Champions League.thumbs up kat pemain gua dalam fantasy premier league Defoe dan Bale.

Tiada ulasan: