Pages

Isnin, 17 Mei 2010

mak,mama,maggi

gua semalam keje overnite sebab tengok game antara Barca ngan Viladolid.game last.game penentu kejuaraan liga Sepanyol.sedang gua enak menyambung tido selepas subuh,gua dibangunkan dengan 1 bauan yang menusuk kalbu.membangkitakn ghairah gua.ghairah makan.baru je gua mimpi gua makan maggi sepecial masakan mak gua,tapi bila bangun dan berlari ke luara bilik,gua tengok betol-betl ada maggi.

seraya dengan itu lantas gua menyentuh kuali di atas dapur sebagai bukti yang gua tidak bermimpi.ternayata panas dan melecur tangan gua.gua tak mimpi.tapi macam mana mak gua tahu gua nak makan maggi special masakan dia.naluri ibu.gua terus melangkah ke toilet untuk membasuh muka dan memberus gigi.gua ta nak mandi sebab gua akan sambung keje tido jap lagi.keluar je toilet gua tengok ayah gua tengah baham maggi itu.

rupanya maggi itu untuk ayah gua.ayah gua balik lunch kat umah.ayah gua pun satu,tak elok orang berumur makan maggi.BAHAYA!nanti luruh dan gugur rambut.melepas gua.gua berdiri dengan mata yang tak teralih dengan makanan lain,hanya ,menumpu ke arah maggi itu.sesungguhnya gua dah lama tak merasa maggi special ibu gua.ayah gua tanpa rasa belas ihsan terus makan maggi itu.wahh kejam.

mak gua pula tak pelawa pun gua makan maggi sepcial itu sedangkan gua selalu puji masakan dia.gua tido tadi pun dia tak kejut gua untuk membaham maggi.gua melangkah ke bilik dengan tehuyung-hayang dengan hati membengkak sambil membayangkan maggi-maggi itu sedang menari gembira di dalam perut ayahanda gua.

mak gua masuk,mak gua kata nasi gua dah ada kat dapur,makanlah.wahh gua ingat gua puasa arini,rupanya mak gua dah masak.walaupun tak dapat maggi tapi gua hepy bila mak gua masak kat gua nasi bersama lauk pauk yang secukup rasa membangkit selera.dan tadi mak gua tak kejut gua sebab dia dah tahu gua keje overtime semalam dan dia tahu gua suka tido bila gua lepas tengok bola.

naluri IBU.SELAMAT HARI IBU sekali lagi gua ucapkan walaupun dah berlalu beberapa hari.sepatutnya terima kasih kepada ibu dan ayah kita ucap hari-hari.tiba-tiba gua nak jadi penceramah motivasi.

Tiada ulasan: