Pages

Khamis, 13 Mei 2010

hujan yang turun

tak dapat gua bayangkan perasaan sungai,rumput dan pokok-pokok di tepi jalan yang menjadi sarang persembunyian Anaconda tatkala hujan yang sudah turun.sedang gua leka melayan telatah kawan di telefon zink rumah gua disergah oleh segerombolan hujan yang datang menyerang beramai-ramai dan bertalu.ohh nikmat Tuhan.ramai sangat yang berdoa untuk hujan maka telah dimakbulkan oleh Tuhan.apa lagi,lembutlah permukaan padang bola yang sedia ada keras lagi gersang,suburlah tanaman yang sedia ada mati kering dan sejuklah sedikit suhu permukaan Bumi yang sedia ada panas.maka telah gua pasang lagu Allayarham Sudirman yang berbunyi Hujan yang turun bagaikan mutiara dengan kadar volume yang agak kuat sehingga mengganggu jiran gua yang sedang berjimak.Hujan.Thanks God!

Tiada ulasan: