Pages

Jumaat, 7 Mei 2010

bulu ayam

  • bulu ayam yang dah diproses dikutip.tidak dibuang.tidak di beri makan kepada lembu.
  • lembu makan bulu ayam ka?
  • bulu ayam dijadikan bulu tangkis.terciptalah permainan mendera,menyebat,mamukul bulu tangkis tersebut menggunakan rangka besi,kayu,atau plastik yang diikat bersama sulaman jaring.
  • hari ini da tahun 2010,dan Piala Thomas datang lagi.Piala Thomas untuk group lelaki,group Hawa dipanggil Piala Uber atau piala cap ayam.
  • tumpuan lebih terarah kepada kaum Adam.macam biasa kita power dalam game ini.kalau tak,tak kan lah Malaysia menjadi salah satu team yang digeruni lawan.
  • kalau dulunya,Malaysia dan negara serumpun Indonesi yang jadi kuasa besar dalam sukan ini.
  • tapi sekarang negara Asia dan Barat semakin hampir dan mungkin telah memintas kita.Contohnya China,Korea Selatan,Denmark dan England.
  • kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.time tu gua umur 2 tahun,tapi gua tak heran pun badminton sebab gua lebih minat permainan.biasa ar belum baligh.



  • ni gua nak bagi informasi la sikit pasal Piala Thomas.biar korang sume tengok dengan tahu mengetahui fakta-fakta Piala Thomas.kalau bapak mertua soal,baru boleh jawab,dapat tanah pusaka free.k baca:
Piala Thomas adalah kejohanan badminton antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang diadakan setiap dua tahun sekali. Nama kejohanan ini berasal dari nama Sir George Alan Thomas, Bekas Presiden IBF dan pemain badminton dari Inggeris yang menyumbangkan piala tersebut pada tahun 1939.

Piala Thomas ialah sebuah kejohanan tertua yang diadakan oleh IBF. Kejohanan yang pertama diadakan pada tahun 1948-1949. Pada tahun tersebut, perlawanan ini diikuti oleh 10 negara: Kanada, Denmark, Inggeris, Perancis, Ireland, Welsh, Amerika Syarikat, India, Malaya, Dan Sweden. Sepanjang sejarahnya, hanya tiga negara yang pernah menjadi juara: Republik Rakyat China, Malaysia (Malaya), Dan Indonesia.

Piala Uber, Kejohanan berpasukan untuk puteri bermula pada tahun 1956 dan dilaksanakan bersamaan dengan Piala Thomas, namun mulai tahun 2010 penyelenggaraan kedua-dua perlawanan tersebut akan dipisah.

Setiap pasukan peserta Piala Thomas terdiri daripada lima orang / pasangan (3 tunggal, 2 ganda). Juara bertahan Piala Thomas saat ini adalah Republik Rakyat China, yang berjaya mengalahkan Korea 3-1 di partai final di Jakarta.

Tiada ulasan: