Pages

Isnin, 24 Mei 2010

mohawk

setelah rambut gua di khianati oleh si tukang gunting rambut,gua dengan nada memprotes dan mogok telah mencapai mesin rambut dan membuat sedikit pengubahsuaian kat rambut gua.dah seminggu berlalu tapi gua masih berdendam dengan hasil kerja si tukang gunting.

dengan bermodalkan imaginasi MOHAWK yang gua dapat di dalam mimpi,gua mencapai mesin rambut lalu membotakkan rambut di bahagian tepi dan meninggalkan di bahagian tengah.imagine lah sendiri.kalau nak tengok jugak lu semua belilah majalah MANGGA edisi June bulan depan.ada gambar gua berposing di tepi kolam renang.tapi rambut anak omputeh kat atas tu sebiji dengan rambut gua.gua rasa mak bapak dia relax je bagi anak dia buat rambut camtu.mana gua tahu mak bapak dia tak marah?gua tahulah.kalau mak bapak dia marah mesti dah ada kesan lebam dan calar kat muka budak tu hasil terajang dan gigitan mak bapak dia

situasi berbeza dari satu ketika ke satu ketika.satu ketika bapak gua gelak dan bertanya hasil nukilan siapa terpampang di kepala gua,adik gua yang kamcing dengan gua dengan selamber kata hasil nukilan dia.tapi entah macam mana dan angin santau apa yang bertiup menyebabkan bapak gua beritahu isteri dia iaitu mak gua suruh gua botakkan kepala.dia kata rambut gua tak sesuai dan buta mata jika dipandang lama-lama.

kita tak boleh hukum rambut gua macam tu.biasalah nak save,gunting rambut sendiri,mestilah ada sedikit kecacatan fizikal.tapi gua berazam untuk meng'renovate' rambut gua bila terbitnya sinar Matahari keesokan pagi.gua nak bapak gua tarik balik kata-kata yang dia lafaz seraya dia juga akan buat MOHAWK macam gua.

bila lagi nak buat MOHAWK kan?kalau buat time sekolah,konfem kena maki dengan cikgu.gua rasa sebelum kena maki dengn cikgu,guard sekolah dan tukang kebun dan mak cik kantin dulu yang akan maki dan Booo rambut gua.cilakak.tapi tadi gua selamber pegi lepak kat Old Town Coffe kampung gua.apa lagi,lepak king sambil perkena air Ribena.gua dapat banyak pujian dan makian dari rakan-rakan lepak seperjuangan gua.ada yang nak buat gua sebagai gulai sebab dieorang kata gua punya rambut macam ayam jantan.kalau gua ayam jantan,dah lama gua berkokok di telinga mereka biar pecah gegendang telinga.baru dieorang tahu siapa ayam jantan siapa ayam goreng KFC.

Tiada ulasan: